Laut Champa.

BERHENTI GUNA ISTILAH LAUT CHINA SELATAN

Sedar tak sedar kita masih masih menggunakan istilah Laut China Selatan untuk merujuk laut di sebelah utara kita sedangkan China sendiri sejak berzaman hanya menggunakan istilah Laut Selatan sahaja..

Sejak China mula berkurang ajar dengan menceroboh dan claim laut tersebut maka beberapa negara telah menukar istilah laut tersebut. Contohnya Indonesia telah menukarkan nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna Utara. Ini telah menyebabkan Beijing terpaksa menulis surat bantahan kepada Indonesia melalui dutanya di Beijing pada 25 Ogos 2017 agar Indonesia kembali menggunakan istilah Laut China Selatan..

Tapi Indonesia tidak pernah berganjak dan terus menggunakan nama Laut Natuna Utara. Bahkan semasa kapal China menceroboh diatas wilayah tuntutan itu, Indonesia segera menghantar kapal perangnya dan nelayan sukarela untuk mengusir China..

Vietnam sebagai sebuah negara yang anti dengan China telah menukarkan nama Laut China Selatan kepada Laut Vietnam Timur. Begitu juga dengan Filipina yang sudah menggunakan istilah Laut Filipina Barat ..

Kini sudah tiba untuk kita menukarkan nama Laut China Selatan kepada nama lain.. Sama ada menggunakan nama asalnya iaitu Laut Champa atau menggunakan nama lain seperti Laut Tioman Utara atau apa2 nama yang munasabah.

Dari segi diplomatik, pertukaran nama ini sangat penting kerana akan melemahkan tuntutan China terhadap Laut Champa ini.. Ia seperti memerdekan sebuah wilayah yang terjajah.

Kredit Copy n Paste : Seri Cendekiawan

Leave a Comment